Sejarah dan Keutamaan Wirdul Latif
Sejarah dan Keutamaan Wirdul Latif
A. Sejarah Wirdul Latif
Wirdul-Latif adalah
satu dari susunan wirid dan zikir oleh Al-Imam Al-Habib
Abdullah bin Alawi Al-Haddad. Selalunya ia dibaca berseorangan pada waktu pagi
dan petang. Seperti karangannya yang lain, Imam Haddad menguatkan wirid ini
dengan ayat-ayat Al-Quran dan hadis.
Dengan
cara tulisannya yang senang difaham, pendek dan tepat, beliau menyusun
ayat-ayat Al-Quran dan Hadis untuk berzikir kebesaran dan
kelebihan Allah. Dinamakan Wirdul-Latif (wirid ringan) sebab senang
dibaca dan senang dirasakan di hati kita. Juga sebab ia tidak begitu panjang
seperti wirid yang besarnya, iaitu Wirdul-Kabir.
Karangan
dan bacaan Wirdul-Latif di sini ialah seperti yang dianjurkan oleh
pengikut-pengikut, murid-murid dan muslimin di negeri Arab, Semenanjung Asia
dan Afrika, dari keturunan Al-Haddad, Munsib-munsibnya di maqam Imam al
Haddad di Al-Hawi, Tarim - Hadhramaut di negara Yaman.
Imam Alawi
bin Ahmad bin Hassan Al-Haddad, anak kepada cucu beliau telah menyusunkan wirid
ini dengan mengurangkan jumlah bacaan tasbih dan tahmeed. Perulangan
tasbih dan tahmeed dikurangkan kepada tiga dan ditambah satu ayat untuk
gantinya. Baginda mengikut arahan Allah seperti di Surah Al-Baqarah Ayat 286 :
“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.”
Diriwayatkan
daripada Anas r.a. katanya: Rasulullah s.a.w telah masuk ke masjid dan baginda
mendapati ada seutas tali yang direntangkan di antara dua tiang, lalu baginda
bertanya: “Tali apakah ini?” Para Sahabat menjawab, “Tali itu digunakan oleh
Zainab untuk sembahyang, apabila dia merasa malas atau keletihan dia akan
berpegang pada tali tersebut.” Rasulullah s.a.w bersabda lagi, “Lepaskan ikatan
tali tersebut, seseorang dari kamu hendaklah bersembahyang dengan keupayaan
yang ada pada dirinya, apabila dia malas atau letih maka hendaklah dia
berhenti.” Zainab adalah seorang yang kukuh imannya. Kemudian Rasulullah s.a.w.
bertanya kepada Zainab r.a. jikalau ia mahu belajar satu zikir yang berpahala
serupa dengan membaca bilangan zikir-zikir ini. Dan Baginda pun berkata,
“tambahkan kalimah ‘seberapa banyak ciptaan Nya’ kepada setiap tasbih, taslim
and tahmeed”.
Sudah
tentulah lebih baik kalau kita ada masa dan tenaga untuk membaca wirid ini
dengan sepenuhnya. Insya Allah Allah akan memberi kita taufiq dan hidayat dan
merahmati Al-Habib kita serta memimpin kita ke jalan yang benar.
Sumber
: Ahlul Bait Rasulullah
B. Keutamaan Wirdul Latif
Tersebut di dalam al-Maslakul Qariib li Kulli Saalikin
Muniib karya al-‘Arifbillah al-Habib Thohir bin Husain bin Thohir ra (Faedah)
Jalan-jalan yang menyampaikan kepada Allah Ta`ala adalah sebanyak bilangan
nafas segala makhluk. Semuanya dibina atas dasar al-istiqamah dan menuruti
Junjungan Nabi ï·º, mendidik jiwa dengan mensucikan dan membersihkannya daripada
segala akhlak yang keji serta menghiasinya dengan akhlak – akhlak mulia, sehingga
terpancar kepadanya segala anwar dan tersingkap segala asrar, sehingga mencapai
setinggi-tinggi martabat ketaqwaan kepada Allah.
Di
antara sebaik-baik jalan yang berterusan diamalkan sejak berzaman oleh para
pengamal dengan istiqamah adalah thoriqah para Saadah ‘Alawiyyin (jalan para
pemuka Bani ‘Alawi iaitu anak cucu Imam ‘Alawi bin ‘Ubaidillah bin Ahmad
al-Muhajir رØمهم الله تعالى) yang diasaskan atas
dasar ilmu dan amal menurut apa yang diterangkan oleh al-Imam Hujjatul Islam
al-Ghazali رØمه الله تعالى dalam kitab Ihya’
Ulumiddin, khasnya pada pertengahan yang kedua daripada kitab tersebut, kerana
beliau telah menerangkan padanya perkara-perkara yang memusnahkan
(al-muhlikaat) dan yang menyelamatkan (al-munjiyyat). Dengan mengetahui perkara
tersebut, dapatlah disucikan diri daripada sifat-sifat yang keji dan
dihiaskannya dengan sifat-sifat yang mulia.
Di
antara zikir-zikir yang paling elok bagi ahli thoriqah ini (yakni Thoriqah
Saadah ‘Alawiyyin/Thoriqah Saadah Baa ‘Alawi) adalah segala zikir yang telah
dikumpul oleh Quthubul Haqiqah wal Irsyad al-Habib ‘Abdullah bin ‘Alawi
al-Haddad رØمه الله تعالى. Antaranya apa yang
beliau himpunkan dalam kitab Miftaahus Sa`aadah, di dalamnya beliau telah
menghimpun kebanyakan zikir-zikir yang sahih yang warid daripada Junjungan Nabi
صلى الله عليه وآله وسلم, di antaranya
al-Wirdul Lathiif yang dibaca pagi dan petang, jika tidak berkelapangan maka
memadai diamalkan pada waktu pagi sahaja. Faedah-faedah al-Wirdul Lathiif ini
sangat banyak dan tidak terhingga, sesiapa yang membaca syarahnya dia akan
melihat kelebihan faedah-faedahnya dan akan melaziminya dengan
bersungguh-sungguh.
Dan di antaranya juga adalah ratibnya yang masyhur dengan
nama Ratibul Haddad yang dibaca orang selepas sholat ‘Isya’. Ianya ringkas
sahaja dengan bacaan-bacaan yang pendek tetapi mempunyai manfaat besar dan
tidak terkira kelebihan dan keajaibannya. Dengan sebab keberkatannya,
pengamal-pengamalnya akan menerima berbagai bantuan (madad) dan anugerah
daripada Allah Ta’ala yang tidak putus-putus. Ratib ini bermanfaat bagi orang
dewasa, kanak-kanak, golongan atasan, golongan bawahan, peringkat muntahi
(peringkat kesudahan), peringkat mutawassith (peringkat pertengahan) dan juga
peringkat mubtadi (peringkat permulaan). Sesiapa yang istiqamah mengamalkan
ratib ini akan dikayakan Allah (yakni segala keperluannya akan dipenuhi Allah
Ta’ala). Demikianlah penjelasan al-‘Arifbillah al-Mannan, asy-Syaikh ‘Abdullah
BaSaudan رØمه الله تعالى, yang mensyarahkan
ratib tersebut.
Dan
daripada zikir-zikir yang terbaik juga untuk diamalkan waktu petang dan pagi,
yang mengandungi zikir-zikir yang warid daripada Junjungan Nabi ï·º, adalah apa yang terkandung dalam kitab al-Maslakul Qariib li
kulli Saalikin Muniib susunan al-‘Arifbillah al-Habib Thohir bin Husain bin
Thohir Baa ‘Alawi. Kitab al-Maslak ini mempunyai banyak manfaat dan
faedah-faedah yang masyhur. Sesiapa yang berterusan mengamalkannya, dia akan
terpelihara daripada gangguan jin dan manusia dan daripada segala yang di
langit dan di bumi. Pendeknya segala-galanya itu terletak atas dasar keikhlasan
dan niat yang baik, maka apabila baik niat akan terhasillah natijahnya.
Sumber
: Pondok Habib
Alhamdulillah, bekal ilmu yang manfaatnya baik dan banyak..
BalasHapusTerima kasih atas apresiasinya, semoga bermanfaat.
HapusAlhamdulillah saya baru belajar mengamalkannya dn semoga d berikan kesehatan panjang umur untuk semua ummat...
BalasHapusSemoga diberikan kekuatan untuk Istiqamah. Amin Yaa Rabbal 'Aalamiin
HapusSaya baru membaca wirdul Latif semoga selalu istiqomah
BalasHapusAmin, Ya Rabb.
HapusKeistiqamah merupakan awal dari datangnya karomah. Semoga.
Perlu ijazah dulu.kah...
BalasHapus